Homes

Klik untuk dengar lagu Pandu Puteri

Tuesday, July 27, 2010

Latar Belakang PPPM

Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.

Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah “Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan”. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti kepanduan relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.

PROGRAM KEPANDUAN yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli :
  • Boleh dipercayai
  • Sentiasa taat dan setia
  • Suka menolong orang lain
  • Bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain
  • Sentiasa bersopan santun
  • Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar
  • Sentiasa menurut perintah
  • Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan
  • Sentiasa berjimat cermat
  • Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Asas program kepanduan terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program kepanduan juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.

PROGRAM KEPANDUAN juga memenuhi minat dan kebolehan semua peringkat ahli melalui sistem latihan dan skim Lencana Kecekapan. Seseorang ahli muda digalakkan berusaha supaya berjaya menjadi seorang PANDU PUTERI RAJA, manakala Pemimpin digalakkan untuk mendapat MUTIARA PEMIMPIN.

RANCANGAN KEPANDUAN yang bersesuaian disediakan di semua peringkat – pasukan, daerah, negeri dan kebangsaan.

  • Perancangan jangka panjang disediakan di peringkat kebangsaan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja Kebangsaan
  • Perancangan jangka pendek dan strategi pelaksanaan disediakan di peringkat negeri oleh Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Bahagian di cawangan serta Pemimpin
  • Pemimpin dan ahli muda melaksanakan rancangan jangka pendek di dalam Pasukan
  • Pesuruhjaya Cawangan bermesyuarat dengan Pemimpin sekali sebulan atau dua bulan sekali
  • Pesuruhjaya menghadiri Persidangan Tahunan Pesuruhjaya
Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 85,000 orang ahli dan sukarelawan di seluruh Malaysia.

Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).

Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of Girl Guides and Girl Scouts – WAGGGS).

Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga merupakan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) adalah edisi tempatan untuk Anugerah “Duke of Edinburgh’s Award” atau kini dikenali sebagai “International Award Association”.

Kaedah Program Pandu Puteri


  1. Komitmen melalui Persetiaan & Undang-Undang (Commitment Through Promise & Law)
  2. Perkembangan Kendiri Berterusan (Progressive Self Development)
  3. Pembelajaran melalui Pengalaman (Learning by Doing)
  4. Sistem Berkumpulan (Through The Patrol System)
  5. Khidmat Masyarakat (Service in The Community)
  6. Aktiviti Luar (Outdoor Activities)
  7. Kerjasama Aktif antara ahli dewasa dan remaja (Active Cooperation Between Young and The adults)
  8. Simbolisme (Symbolism)

MATLAMAT PPPM 1

"Memastikan semua persatuan Pandu Puteri Cawangan menyediakan program kepanduan yang berkualiti"

Objektif 1

Menyediakan khidmat sokongan untuk memastikan kepanduan yang berkualiti di peringkat Cawangan
Objektif 2 Membantu Majlis Kadet Pandu Puteri supaya lebih mantap dan kukuh
Objektif 3 Mengembangkan pendidikan tidak formal di kalangan ahli
Objektif 4 Meningkatkan prestasi pemimpin
Objektif 5 Meningkatkan jumlah ahli
Objektif 6 Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusan
Objektif 7 Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan

MATLAMAT PPPM 2

"Untuk mencapai pengiktirafan PPPM sebagai satu persatuan unggul untuk membolehkan wanita remaja dan dewasa mengenalpasti potensi mereka sepenuhnya"

Objektif 1

Menonjolkan imej moden
Objektif 2 Menjadi penggerak utama dalam rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (Belia)
Objektif 3 Memainkan peranan dalam rangkaian pertubuhan bukan-kerajaan (Wanita)
Objektif 4 Menjadikan kepanduan sebagai pergerakan pendidikan
Objektif 5 Memperkukuhkan dan meluaskan hubungan dengan pemimpin wanita yang unggul
Objektif 6 Mempromosikan kewujudan kepanduan di rantau Asia Pasifik
Objektif 7 Menghebahkan sumbangan ahli PPPM/WAGGGS dalam pembentukan warga dunia

MATLAMAT PPPM 3

"Membina pakatan kerjasama bagi meningkatkan pengaruh dan peluang mengukuhkan dana persatuan"

Objektif 1

Menjadi rakan kerjasama lain-lain organisasi yang membantu wanita remaja dan dewasa
Objektif 2 Agar bakal penderma dan penyokong persatuan memahami betapa besarnya faedah program kepanduan kepada wanita remaja dan dewasa
Objektif 3 Menyokong penubuhan pakatan antara persatuan pandu puteri, pertubuhan kerajaan dan pertubuhan bukan-kerajaan di peringkat kebangsaan
Objektif 4 Agar bekas ahli atau tokoh kepanduan memainkan peranan yang berkesan dalam memupuk semangat kepanduan dalam pembangunan wanita remaja dan dewasa
Objektif 5 Mempelopori perjuangan wanita remaja dan dewasa
Objektif 6 Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusan
Objektif 7 Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan

Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia



  • Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri.



  • Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia.



  • Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.

Objektif

Objektif am PPPM ialah untuk membantu mendidik dan melatih wanita remaja dan dewasa supaya bersifat taat setia, berdikari, berdisiplin, sedia memberi khidmat, berinisiatif dan berdaya kreatif.

Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan warga negara yang peka, berguna, bersih, cekap, amanah dan bertimbangrasa terhadap orang lain.

Piagam

Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa:

* Menyediakan latihan kepanduan yang berkualiti
* Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Kepanduan
* Melahirkan ahli yang berkaliber
* Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni
* Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna
* Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran

Misi & Visi

Misi
Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.

Visi
PPPM bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. PPPM akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadikan pemimpin berwibawa hari esok.

Lagu Persatuan Pandu Puteri

Lagu Dunia


Arah kita jelas ke depan,
Bendera berkibar;
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi;
Bersatu untuk kebenaran,
Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini.

Yang cintakan kebenaran,
Menetapkan janji;
Dengan rela berjasa,
setia abadi;
Kebebasan kita tepati,
Bersedia sama;
Untuk semua miskin kaya,
kita beri, yang terdaya.

Sejarah Penubuhan Persatuan Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Sejak tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok. Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.
Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah “Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan”. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti kepanduan relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja. Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.
PROGRAM KEPANDUAN yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli :
Boleh dipercayai o Sentiasa taat dan setia
Suka menolong orang lain
Bersahabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain
Sentiasa bersopan santun
Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar
Sentiasa menurut perintah
Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan
Sentiasa berjimat cermat
Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
Asas program kepanduan terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program kepanduan juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif.
Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.